Menurut pengasas syarikat, Intan Nor Harieda Mohamad Rodzi, koleksi tudung yang diperkenalkan dengan menggunakan tali di belakangnya akan membuatkan lilitan tudung lebih kemas kerana anak tudungnya direka fleksibel boleh diikat mengikut kesesuaian pemakai.

“Pemakai akan berasa lebih selesa kerana tudung yang diperkenalkan menggunakan material khas iaitu cotton lycra yang mudah serap peluh serta tidak berbau ketika berpeluh.

“Koleksi ini bersesuaian untuk wanita yang kesibukan masa tetapi mahu bergaya dan cantik dengan rekaan tudung eksklusif, selain shawl yang direka panjang itu turut untuk menutup aurat muslimah dengan sopan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Intan menjelaskan, tudung yang berada di pasaran sejak dua bulan lalu telah berjaya dijual sehinga 500 unit sehingga kini.

“Kami mengunjurkan jualan tudung Moode Exclusive sehingga 30,000 helai menjelang akhir tahun ini, bakal disumbang daripada faktor kualiti koleksi tersebut yang bersesuaian untuk pemakaian wanita moden masa kini.

“Selain itu, ia juga dibantu oleh aktiviti pemasaran dan promosi yang aktif daripada pengedar dan stokis di seluruh negara,” jelasnya.

Buat masa ini, syarikat menggunakan platform daripada rakan niaga di Lembah Klang dan Kuala Terengganu untuk memasarkan produk selain bakal meluaskan penguasaan pasarannya ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

“Kami kini membuka peluang kepada usahawan baharu yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi rakan niaga syarikat,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai koleksi tudung dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 013-667 2892 atau Facebook: Moode Exclusive.