Dana perdananya, Kenanga Growth Fund (KGF) telah dianugerahkan sebagai Dana Amanah Saham Terbaik Sepanjang 10 Tahun dan juara kategori Core Equity–Malaysia manakala dana Kenanga OnePRS Conservative Fund memenangi kategori Private Retirement Scheme–Conservative.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KIB, Ismitz Matthew De Alwis berkata, pihaknya berbesar hati terhadap kejayaan KGF menerima pengiktirafan yang bermakna itu terutamanya bagi anugerah Dana Amanah Saham Terbaik Sepanjang 10 Tahun.

Katanya, kejayaan tersebut bukan sahaja disumbang oleh prestasi kukuh dana berkenaan malah turut ditunjangi oleh kepakaran KIB dalam pemilihan stok yang berlandaskan kajian komprehensif.