Bagi anak muda berusia 35 tahun itu, pewangi kende­raan tersebut hanyalah sekadar produk sampingan berbanding perniagaan utamanya di Uptown terbabit iaitu menjual pakaian dan kasut.

Dia yang mempunyai beberapa lot perniagaan di kawasan itu mengakui sebelum berjinak-jinak dengan XFresh, pendapatannya ada ketikanya sedikit tidak menentu.

“Menjual pakaian ini bukan selalu dapat jual dalam kuantiti yang banyak, ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang perlahan. Ia banyak bergantung pada musim, apabila hampir musim perayaan baru jualan laris misalnya se­minggu sebelum raya.

“Apabila memikirkan soal pendapatan yang tidak menentu, saya cuba menjual produk XFresh.

“Pada peringkat awal, saya agak risau sebab persaingan produk seperti ini dikatakan tinggi. Tambahan pula ia merupakan produk yang masih baharu dan sudah banyak produk lain seumpamanya di pasaran,” katanya ketika ditemui pembe­rita di sini baru-baru ini.

Menurut Khairul Anuar, dia memberanikan diri menawarkan produk XFresh di premisnya sebagai barangan jualan tambahan memandangkan modal permulaan yang diperlukan tidak besar manakala harga jualannya juga murah iaitu RM10 sebotol.

“Mula-mula saya hanya letak beberapa botol produk XFresh di beberapa gerai saya. Sema­kin hari, ia semakin mendapat permintaan dan saya tekad untuk menjadi ejen kepada produk ini.

“Sejak menyertai keluarga XFresh sejak lebih setahun lalu, pendapatan saya semakin baik dan kini saya mampu menjana pendapatan sekitar lima angka sebulan,” katanya yang kini me­rupakan salah seorang master stokis bagi XFresh di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prima Essence Sdn. Bhd., Sahairul Roslan berkata, produk pewangi XFresh yang mula dilancarkan syarikatnya tahun lalu kini terus mendapat sambutan apabila ia terjual lebih 30,000 botol sebulan.

Menariknya, wangian tersebut mempunyai isi kandungan sebanyak 11 mililiter, melebihi pesaing lain di pasaran dan didatangkan dengan kemasan kotak yang menarik.

Jelas beliau, pewangi kende­raan XFresh adalah 100 peratus pati asli yang diimport dari Pe­rancis dan bebas bahan berbahaya dan alkohol.

“Buat masa ini syarikat mempunyai enam master stokis di seluruh negara serta lebih 600 ejen.

“Sasaran kami adalah menambah jumlah ejen kepada kira-kira 1,000 orang tahun ini selain mengembangkan lagi pasaran produk ini ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Orang ramai yang berminat menyertai kami boleh terus menghubungi talian kami iaitu 014-624 0080 atau 03-5523 0055,” katanya.