Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan berkata, Crispy Tenders Dunk & Dip itu dicipta bagi menghasilkan pengalaman unik dan menyeronokkan kepada pelanggan menerusi bentuk hidangan yang berbeza.

“Kami mahu memastikan pelanggan merasai pengalaman istimewa setiap kali mereka menikmati hidangan KFC, terutamanya dengan Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup rangup yang disajikan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Keseronokan dalam hidangan KFC Dunk & Dip edisi terhad itu dicetuskan oleh gabungan perisa dan tekstur yang menarik di antara dua sos istimewa itu.

Kelazatan Sos Masam BBQ ditambah dengan kerangupan hangat Bertih Krup-Krup yang menjanjikan pengalaman menyelerakan apabila dinikmati bersama KFC Hot & Spicy Crispy Tenders kegemaran ramai.

Ditawarkan pada daripada RM6.90, hidangan ala carte didatangkan dengan tiga ketul Crispy Tenders, Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup.

Hidangan kombo yang menawarkan pilihan satu atau dua ketul ayam KFC, hidangan sampingan KFC serta secawan teh ais lemon disediakan daripada RM13.90 setiap set.