Pier8 merupakan lokasi perniagaan makanan dan minuman serta pusat makanan laut berkeluasan hampir 14,000 meter persegi, bertempat di pembangunan integrasi Gravit8 di Klang.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Moha­med Azahari Mohamed Kamil berkata, kolaborasi tersebut menyediakan platform yang baik untuk pihaknya mengembangkan kehadiran kepada pelanggan.

“Sebagai restoran makanan segera terbesar di negara ini, pelanggan merupakan keutamaan.

“Sehubungan itu, kami mahu memastikan KFC kekal relevan kepada pe­langgan dan menjadikannya mudah untuk dikunjungi,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif Mitraland Group, Chuah Theong Yee berkata, dalam suasana landskap mencabar dengan permintaan pengguna yang sentiasa berubah, pusat beli-belah perlu tangkas beradaptasi untuk kekal di hadapan.

“Pier8 akan terus menawarkan peruncit yang konsep perniagaan yang baharu dan berlainan serta hiburan untuk menarik para pengunjung,” katanya.