Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime, Aliza Ali berkata, pemilihan Neelofa dalam kerjasama terbaharu itu berikutan pengaruh positif yang dibawa usahawan wanita tersebut terhadap generasi muda negara ini.

“Neelofa merupkan calon paling sesuai untuk kami berkolaborasi bersama kerana dia merupakan usahawan muda yang dipandang tinggi dalam generasinya.

“Kejayaan Neelofa menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk bangkit dan mengejar impian mereka,” katanya.

Selain itu, penglibatan Neelofa dalam kerjasama tersebut turut akan menyaksikan pelebaran sayap perniagaan Chatime ke Singapura dan Asia Barat. – K! ONLINE