Big Deals by Fave merupakan satu ciri baharu dalam ­aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Ketua Pegawai Komersial Kesetiaan AirAsia BIG, Victor Kaw berkata, melalui kerjasama tersebut, AirAsia BIG akan membuat tawaran penebusan mata perjalanan.

“Kini, ahli BIG berpeluang mendapatkan ganjaran berganda, mengumpul mata ganjaran serta menebus tawaran kegemaran mereka menggunakan mata ganjaran BIG.

“Mereka juga berpeluang menikmati promosi sehingga 95 peratus daripada pelbagai tawaran terbaik dalam kategori pelancongan dan gaya hidup oleh Fave,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman mengenai perkongsian tersebut di sini semalam.

Menurut Victor, keahlian Air­Asia BIG dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus susulan kerjasama itu.

“Syarikat juga merancang untuk mengembangkan program kesetiaan kami ke Singapura dan Indonesia pada suku pertama 2019,” ujarnya.

Fave merupakan platform yang membolehkan pengguna membeli baucar diskaun bagi produk dan perkhidmatan gaya hidup dalam pelbagai sektor.

Menerusi kerjasama tersebut, para pengguna Fave dapat mengumpul ganjaran baharu melalui AirAsia BIG yang membuka peluang kepada le­bih tiga juta pengguna Fave Malaysia untuk mula menikmati keistimewaan ahli BIG.

Ciri BIG Deals oleh Fave membolehkan lebih 3.6 juta ahli BIG di Malaysia mengumpul satu mata ganjaran BIG bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk baucar dalam pelbagai kategori gaya hidup setiap hari.