Melalui kerjasama itu, Affin Bank akan mengedar, mempromosi dan memasarkan dana PMB Shariah Aggressive Fund, PMB Shariah Growth Fund, PMB Shariah Small-Cap Fund, PMB Sha­riah Premier Fund, PMB Shariah Dividend Fund dan PMB Shariah Cash Management Fund.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Nazlee Khalifah, pelanggan sedia ada dan berpotensi bakal mendapat manfaat daripada pelbagai produk yang meliputi ke­seluruhan pelaburan yang lebih besar.

Jelasnya, dalam masa yang sama, ia juga dapat memaksimumkan pula­ngan pelaburan.

“Kami sentiasa komi­ted untuk menyediakan produk kewangan yang pelbagai di bawah satu bumbung kepada pelanggan.

“Melalui kerjasama ini juga, ia akan memberikan kami penawaran produk yang lebih luas kepada pelanggan, sekali gus memenuhi keperluan pelaburan mereka dalam pasaran kewangan yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis menandatangani MoU antara Affin Bank dengan PMB Investment di Menara Affin, Jalan Raja Chulan di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed.

Nazlee menjelaskan, melalui kerjasama tersebut, PMB Investment akan mendapat manfaat daripada 111 cawangan Affin Bank di seluruh negara terma­suk sembilan cawangan penuh Affin Islamic.

Selain itu, ia juga akan membolehkan kedua-dua pihak mengembang dan mengukuhkan jejak mereka dalam pasaran dana pelaburan Malaysia, sekali gus memboleh­kan semua pihak melabur dengan PMB Investment.