Manakan tidak, bagi anak jati kelahiran Bandaraya Bersejarah, Melaka itu, kepayahan ke­dua ibu bapanya dalam membesarkan lima orang anak dengan berniaga nasi lemak serta kuih-muih acap kali dilihat sendiri saban hari.

Bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi, Siti Azlina atau lebih mesra disapa Kak Lynn dalam kalangan pekerja dan rakan terdekatnya sudah diajar mengenai erti dan cabaran kehidupan.

“Sebelum menjadi stokis utama Meeracle, saya hanyalah penjual nasi lemak di tepi jalan dan perlu bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari untuk berniaga.

“Mungkin bagi orang lain, waktu sedemikian paling elok untuk tidur lena, tapi tidak bagi saya kerana pada masa itulah rutin bagi saya meraih rezeki akan bermula,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menyorot kembali titik tolak yang merubah radius kehidupannya sekarang, Siti Azlina, 32, berkata, dia memang suka akan produk kecantikan dan Meeracle menjadi pilihan utamanya.

“Saya masih ingat, pada satu hari sambil meluangkan masa lapang di laman sosial Facebook, saya ternampak iklan mengenai produk Meeracle dan lantas membeli satu dengan niat sekadar untuk mencuba.

“Melihat ia sesuai dengan kulit dan berpotensi dikembangkan dalam kalangan rakan dan kenalan, saya memohon dan mendaftar menjadi ejen di Melaka,” katanya.

Adat berniaga secara kecil-kecilan, Siti Azlina bergantung penuh kepada akaun Facebook peribadinya sebagai platform untuk memasarkan dan mempromosikan jualan.

“Ketika mula menjadi ejen, modal saya hanya RM490 dan dengan wang itulah saya kumpul pesanan pelanggan. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada buat mereka yang berusaha.

“Daripada belasan pesanan, meningkat kepada puluhan dan akhirnya mencecah ratusan serta ribuan. Orang mula me­ngenali saya dan memerhatikan perjalanan karier baharu ini.

“Berbekalkan hasil jualan, saya berjaya membeli rumah sendiri, memandu kereta idaman dan paling penting menghadiahkan sebuah kereta untuk bapa. Semua ini saya anggap sebagai rezeki daripada-Nya atas usaha keras selama tiga tahun ini,” katanya yang pernah mencapai jualan tertinggi mencecah RM2.6 juta tahun lalu.

Melihat kejayaan dan kesungguhan wanita ini, tidak hairan suaminya sanggup melepaskan jawatan untuk bergandingan memajukan perniagaan.

“Kami menyusun strategi bersama dibantu kakitangan syarikat yang saya beri nama sebagai EFG Legacy. Saya juga membuka pejabat sendiri untuk memudahkan urusan dan kami kini mempunyai lebih 1,000 wakil jualan di seluruh negara,” ujarnya yang dinobatkan sebagai wakil jualan terbaik Meeracle dan menerima sebuah kereta berjenama Honda sebagai ganjaran baru-baru ini.

Mereka yang berminat menjadi pengedar di bawah seliaan Siti Azlina, boleh menghubungi talian 017-295 3447 atau menerusi Instagram @missmeeraclelynn.