Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan keadaan ekonomi yang kukuh ketika ini, Malaysia juga berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran berkenaan.

"Menerusi usaha yang sedang dilaksanakan, kita mengharapkan mampu mencapai ekonomi (bernilai) RM2 trilion menjelang 2022," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai Perangkaan Ekonomi bagi Suku Keempat dan Tahunan 2017, di sini hari ini.

Mengulas selanjutnya, Mohd. Uzir berkata, nilai KDNK Malaysia pada harga semasa adalah berjumlah RM1.35 trilion pada 2017 iaitu lebih tinggi berbanding RM1.23 trilion pada 2016. - Bernama