Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, ini kerana kesedaran umum terhadap kemudahan yang ditawarkan terhadap kaedah bayaran itu dalam kalangan pengguna semakin meningkat pada hari ini.

“Kami melihat kian ramai pemegang kad, sama ada debit mahupun kredit, memilih untuk mengimbas kad mereka di terminal yang disediakan bagi melengkapkan pembelian berbanding menggunakan wang tunai, malah boleh dikatakan dua daripada setiap 10 orang pengguna akan memilih pembayaran ini berbanding tunai.

“Ini kerana transaksi, di bawah nilai RM250 itu dapat dilengkapkan dalam masa beberapa saat, sekali gus menjimatkan masa pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita pada majlis pelancaran aplikasi pelanco­ngan mudah alih yang khusus bagi pemegang kad Visa Malaysia, Pick A Trip di sini semalam.

Kong Boon berkata, susulan maklum balas positif yang diterima pasaran berkenaan kaedah pembayaran tersebut, pihaknya menjangkakan penggunaan pembayaran tanpa sentuh akan meningkat kepada 25 hingga 30 peratus menjelang akhir tahun ini.