Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias berkata, KWSP mencatatkan prestasi sangat memberangsangkan dengan memberikan kadar dividen yang lebih tinggi berbanding sasaran mereka 2 peratus melebihi kadar inflasi  3.7 peratus tahun lepas.

"Meskipun kami menyedari perbezaan antara simpanan konvensional dan simpanan syariah, kami percaya dengan masa dan ketersediaan lebih banyak instrumen pelaburan patuh Syariah, KWSP akan dapat mencapai persamaan dalam pulangan bagi simpanan-simpanan ini,” katanya. 

KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi simpanan konvensional 2017, dengan jumlah agihan dividen RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah 2017, dengan jumlah agihan dividen RM3.98 bilion. - Bernama