Premium Leader Magika, Nursakinah Hasrudin berkata, pe­ningkatan nilai jualan tersebut disokong daripada testimoni positif daripada pelanggan sedia ada termasuk keyakinan mereka terhadap keberkesanan khasiat produk tersebut.

“Saya sendiri mengalami masalah berat badan dan men­cuba dahulu Kopi Hijau Jerat Magika dan setelah mengamalkannya, berat badan menurun dan saya kini semakin sihat.

“Bermula di situ saya mahu berkongsi pengalaman dengan masyarakat yang sedang menghadapi masalah berat badan dan masih belum menemui produk yang secocok dengan mereka.

“Perubahan positif pada diri te­lah meningkatkan keyakinan saya untuk terus aktif memasarkan produk Magika,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nursakinah menjelaskan, produk Magika bersesuaian untuk lelaki dan perempuan, malah ada produk yang bersesuaian untuk diamalkan kanak-kanak lebih daripada dua tahun iaitu Aura Magika.

“Ia dapat membantu mengekalkan tenaga harian serta­ menguatkan daya ketahanan badan pelanggan,” jelasnya.

Tambah beliau, pertambahan statistik jualan Magika juga disumbangkan daripada komitmen para pengedar dan stokisnya di seluruh negara, yang mana kumpulan tersebut sangat akftif de­ngan inisiatif masing-masing untuk mencapai sasaran jualan bulanan yang ditetapkan syarikat.

Katanya, selain menjana pendapatan bulanan, pengedar juga mampu memperoleh ganjaran lain dalam bentuk set jam tangan dan barangan kemas.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Magika atau menjadi pengedar, boleh menghubungi beliau di talian 018-900 4861 atau facebook: Nursakinah Hasrudin dan Instagram: Magika.kl.