Ketua Pegawai Esekutifnya, Lim Swee Keat berkata, pertambahan jualan ini dijangka disumbangkan menerusi sambutan yang bakal diterima terhadap jenama produk tersebut yang berkualiti dan popular sebelum ini.

Menurutnya, keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan pengenalan beras baharu yang mempunyai tekstur yang lembut dan wangi serta mampu menarik perhatian pelanggan untuk mencubanya

“Beras tersebut diimport dari negara Thailand dengan tuaian bermula bulan ini hingga Mei setiap tahun.

“Sunwhite merupakan produk premium Jasmine dan jualannya meningkat terutama semasa perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung pengenalan beras tersebut di sini semalam.

Swee Keat menjelaskan, beras tersebut dijual dalam tiga saiz berlainan iaitu sekilogram (kg) pada harga RM9, 5kg (RM34.95) dan 10kg (RM69.90) bagi memberikan pilihan kepada pengguna untuk membeli mengikut bajet masing-masing.

Tambah beliau, harga tersebut dianggap kompetitif memandangkan ia merupakan barangan import dengan menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna.

“Industri beras negara dilihat berada di tahap seimbang berbanding sebelum ini yang menurun sehingga 20 peratus berikutan gaya hidup yang gemar kepada makanan segera.

“Masyarakat juga kini lebih terarah kepada beras berkualiti bagi menjamin tahap kesihatan mereka,” jelasnya.