Ia bertujuan untuk sebagai usaha untuk meluaskan rangkaian pemasarannya di Lembah Klang ini.

Menurut Pengarah Operasi. HDN Deli Catering & Services, Muhammad Daniel Ami­ruddin (gambar kecil), restoran tersebut akan memberi tumpuan kepada hida­ngan nasi beriani yang menjadi makanan signatur cafe tersebut.

“Kami berpengalaman dalam bidang makanan dan minuman serta katering, sehubungan itu, untuk rangkaian baharu ini nanti, kami akan meningkatkan promosi bagi memberi kesedaran kepada pelanggan sedia ada serta baharu untuk menarik minat mereka berkunjung ke restoran baharu ini nanti,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan Chillx Cafe dengan menu masakan po­pularnya di Persiaran Apec di sini baru-baru ini.

Selain itu, mengulas mengenai Chillx Cafe yang terletak di dalam bangunan Magic di sini, Muhammad Daniel menjelaskan, ia menawarkan hidangan makanan untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan juga minum petang.

“Ia terkenal dengan hidangan masakan kampung dari Utara seperti gulai kawah, umbut kelapa dan nasi beriani.

“Menu turut diubah bukan hanya tertumpu kepada masakan Melayu tetapi juga diganti de­ngan masakan Cina dan juga India serta barat,” jelasnya.

Kafe tersebut boleh memuatkan 100 orang dalam satu-satu masa.

Dalam pada itu, Muhammad Daniel me­nerangkan, syarikat juga berpengalaman dalam bidang katering dan mampu menawarkan khidmat terbaik buat pelanggan yang mahu menganjurkan pelbagai majlis kerana ia memiliki dapur berpusat di Ampang untuk memenuhi tempahan tersebut.