Pengasasnya, Mohd. Ami­nuddin Ibrahim berkata, restoran tersebut kini menjadi faktor penarik kepada orang ramai untuk berkunjung ke premis di bawah ta­nah di Dataran Merdeka yang sebelum ini lengang akibat dilanda banjir.

Namun, pihak berkuasa telah menaik taraf Dataran Underground dan sejak tahun 2017, ia mula mendapat tempat dalam kalangan pe­ngunjung tempatan dan juga pelancong asing.

Menurut beliau, restoran tersebut menawarkan lebih 40 menu lauk kampung dan antara yang menarik ialah hidangan berasaskan ayam kampung seperti ayam kampung goreng biasa, berempah, percik, gulai dan paprik.

“Harga yang ditawarkan ialah RM5.50 seketul ayam untuk mana-mana menu tersebut,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan medan selera Dataran Underground, Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas Bersama Restoran D’ Sambal Ayam Kampung, Mohd. Rimi Ismail.

Mohd. Aminuddin menjelaskan, selain ayam kampung, restoran berkenaan turut menawarkan menu lain seperti nasi lemak, nasi campur berasaskan lauk kampung, makanan panas bergoreng, shellout dan makanan barat.

Selain itu, beliau me­nerangkan restoran yang boleh memuatkan sehingga 500 pengunjung dalam satu-satu masa itu telah menjadi perhatian warga kota yang bekerja berdekatan dengan Dataran Merdeka pada waktu makan tengahari dan juga petang.

Tambah beliau, premis berkenaan yang lengkap dengan kawasan parkir mencukupi itu boleh dijadikan sebagai pusat penganjuran bagi majlis perkahwinan dan reunion.

“Kami mampu menawarkan khidmat katering yang lengkap untuk apa juga pe­nganjuran majlis yang diadakan di situ,” ujarnya.