Konsep berkongsi rezeki yang diterapkan itu secara tidak langsung berjaya membangunkan empayar perniagaannya setan­ding pengeluar produk berjenama popular di pasaran.

Hakim, 28, memulakan perniagaan yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah bersama isteri, Nur Sabiha Sudin pada tahun 2017.

Formulasi sabun berjenama Yarra yang berjaya me­ngatasi masalah kulit anaknya mendorong Luqmanul Hakim anaknya berkongsi pengalaman de­ngan pelanggan yang berdepan masalah sama.

Strategi promosinya berkesan. Produk sulung itu berjaya mencatat jualan menggalakkan sehingga dia berjaya memba­ngunkan lebih banyak produk di bawah jenama tersebut.

Produk popularnya, Yarra Set 4in1 juga telah mencetuskan satu fenomena apabila produk berkenaan mencatat jualan sehingga 2,000 set sehari.

“Ini satu pencapaian yang luar biasa kerana pada masa itu kami tiada pesaing.

“Bermulalah dari situ, jenama Yarra terus mendapat tempat dalam kalangan pelanggan,” katanya yang mesra dengan panggilan Hakim ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Peningkatan jualan tersebut turut disokong oleh pengedarnya yang aktif mempromosikan produk keluaran syarikat sebelum ini.

Ganjaran

Sehingga kini, syarikatnya memiliki 900 pengedar dan 10 stokis yang aktif di seluruh negara.Syarikatnya juga berjaya mengubah taraf hidup para pengedarnya untuk menambah duit poket bulanan sehingga ada yang berjaya mencatat pendapatan mencecah RM10,000 sebulan.

Ekoran kejayaan tersebut, syarikatnya sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya mencapai sasaran jualan.

Selain itu, Luqmanul Hakim yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak turut memperkenalkan produk terbaharunya Pro Right iaitu suplemen kesihatan untuk lelaki. Kini beliau me­nyimpan cita-cita untuk membina sebuah kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) pada masa depan.

Ia merupakan salah satu inisiatifnya untuk membantu lebih ramai usahawan dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda dan penduduk kampung.

“Saya pernah mengalami kerugian hampir RM100,000. Namun, ia tidak mematahkan semangat, sebaliknya saya bangkit semula untuk memperbaiki kesilapan tersebut.

“Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan warga kerja mendorong saya untuk bangkit semula dalam perniagaan.

“Saya yakin kesemua ujian ini merupakan pembakar semangat dan percaya Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik pada masa depan, ” tambah beliau.

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar dan mendapat produk boleh menghubungi talian 011-5506 2009.