Jenama lain yang turut tersenarai ialah Hurix’s, syarikat produk herba semulajadi dan KidZania, taman tema kanak-kanak.

Pengarah Superbrands, Mike English berkata, pemilihan tersebut telah dibuat oleh anggota majlis Superbrand serta para profesional pemasaran melalui satu undian dalam talian.

Superbrands merupakan sebuah badan global yang bebas dan penentu penjenamaan.

Syarikat telah memilih 34 jenama tempatan untuk diberi pengiktirafan sebagai nama yang paling bernilai dan kukuh pada majlis berkenaan.

“Selepas melalui kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan oleh Superbrands, lebih 3,000 profesional telah dipelawa bagi mengundi calon jenama.

“Lebih daripada 1,242 jenama Malaysia telah mendapat skor terbaik daripada majlis pemilihan dan jenama yang memperoleh markah ter­tinggi, kemudiannya di­pilih sebagai Superbrands,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut English, jenama yang terpilih akan dimasukkan dalam buku Superbrands dan diiringi dengan sejarah dan pencapaian setiap jenama itu.