Pengarah Urusan Asia Tenggara dan Korea HP, Koh Kong Meng berkata, daripada jumlah tesebut, dua adalah model komputer riba iaitu HP EliteBook x360 1020 G2 dan HP EliteBook 1040 G4.

“Selain itu, tiga model komputer peribadi baharu turut dilancarkan iaitu HP Spectre 13, HP Spectre x360 13 dan HP ZBook x2.

“Turut diperkenalkan ialah tiga buah model mesin pencetak iaitu HP Deskjet Ink Advantage 3775 All in one dan HP Laser Jet Managed MFP E82560dn termasuk satu modem HP Spocket 2 in 1 yang boleh mencetak gambar secara terus serta dihubungkan menerusi telefon mudah alih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan barisan produk baharu HP di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia HP, Kym Lim.

Kong Meng menjelaskan, antara keistimewaan gajet terbaharu itu ialah lebih ringan, nipis dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Kong Meng menerangkan, sepanjang tempoh 24 bulan, HP telah menunjukkan pertumbuhan yang kukuh untuk pembangunkan poftfolio, memenuhi permintaan pelanggan dan menambah baik produknya.