Yang Dipertua DEUM, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata, kedai serbaneka berkenaan akan dibuka di lokasi strategik bagi membantu masyarakat membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah iaitu antara tujuh hingga 10 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata, untuk permulaan dua rangkaian Hope Mart akan dibuka di Seksyen 14 di sini dan di Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Projek ini merupakan inisiatif DEUM dengan soko­ngan syarikat HGV Holdings Sdn. Bhd., Mega Envision Sdn. Bhd. dan juga Mesra Erat Sdn. Bhd., ” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian dan perasmian Hope Mart di Seksyen 15 di sini baru-baru ini.

Menurut Khairul Khuzaini, DEUM turut bercadang untuk membuka cawangan kedai serbaneka itu di masjid, universiti awam dan swasta serta stesen minyak terpilih pada masa akan datang.