Pengurus Bahagian Makanannya, Izwandy Nordin berkata, idea untuk menyediakan makanan dalam mangkuk tingkat itu terhasil sempena nama restoran iaitu The Triffin.

The Triffin dirujuk sebagai bekas makanan tradisional itu.

Menurut beliau, walaupun konsep susun atur restoran bercirikan moden, namun hidangan yang disajikan lebih menekankan kepada makanan tempatan khususnya hida­ngan dari negeri Johor.

“Bagi hidangan mangkuk tingkat, menu yang disediakan ialah asam pedas ikan merah, nasi dan disertai dengan ulam-ulaman.

“Sehingga kini, kami telah menerima pelbagai maklum balas positif daripada pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Izwandy menambah, restoran The Tiffin juga menawarkan bufet bagi makan tengah hari dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan barat yang disediakan oleh cef berpengalaman.

“Secara keseluruhan, sebanyak 60 hidangan secara bufet disediakan kepada para pelanggan bagi makan tengah hari.

“Harga yang ditawarkan bagi bufet ini juga berpatutan bermula dengan RM60 bagi dewasa manakala RM30 bagi kanak-kanak,” katanya.