Projek yang bakal diba­ngunkan di tingkat 14, pusat beli-­belah Harbour City, Banda Hilir di sini bakal menjadikan ia sebagai taman tema tinggi pertama di dunia.

Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Hatten Land, Datuk Colin Tan June Teng berkata, projek tersebut dibangunkan dengan kerjasama Samsung C&T Corporation dan Polin Waterparks yang bertindak sebagai penasihat operasi dan pereka bagi menghasilkan tarikan pada taman tema ber­kenaan.

“Projek seluas 46,451.52 meter persegi itu siap sepenuhnya pada penghujung tahun hadapan dan dibuka kepada orang ramai menjelang suku pertama tahun 2020.

“Apabila ia siap kelak, Splash World @ Harbour City akan menjadi taman tema terbesar di rantau ini dan mampu menampung seramai 5,200 pengunjung setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani kerjasama bagi projek Splash World @ Harbour City di Hatten Square, Banda Hilir semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Adly Zahari.

Collin menjelaskan, antara tarikan lain yang terdapat di taman tema tersebut ialah luncur air melebihi satu kilometer, 11 luncur air ekstrem, Sky Beach dan taman mainan kanak-kanak.