Proses naik taraf tersebut dilakukan dengan kerjasama syarikat penyedia penyelesaian ERP, 9 Dots Consulting.

Pengarah UrusanHartalega, Kuan Mun Leong berkata, keupayaan syarikatnya dalam teknologi pengeluaran dan inovasi menjadi penentu utama untuk mengekalkan kelebihan daya saing mereka.

"Memanfaatkan teknologi canggih seperti Industri 4.0 dan 'Internet of Things' membolehkan kami mengambil langkah seterusnya serta merapatkan keterhubungan antara automasi dan data untuk membangunkan sistem pengilangan dan perniagaan bersepadu serba canggih.

"Pelaburan dalam teknologi ini amat penting memandangkan industri kini bersifat lebih global dan persaingan dengan negara-negara lain semakin hari semakin sengit.” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kumpulan Hartalega yang menghasilkan sarung tangan lateks sejak tahun 1988 mempunyai kapasiti pengeluaran semasa yang boleh menghasilkan lebih 29 bilion sarung tangan setahun.

Hartalega kini merupakan pengilang terbesar sarung tangan nitril di dunia dan mengeksport ke 50 buah negara yang meliputi lima benua, iaitu Amerika, Asia, Eropah, Australia dan Afrika. - K! ONLINE