Paras harga minyak semasa adalah antara AS$55 (RM220.71) dan AS$60 (RM240.78) satu tong.

Pakar Ekonomi Penyelidikan dan Strategi Perbendaharaan OCBC, Barnabas Gan berkata, 2018 penuh dengan ketidakpastian yang tidak dapat dijawab.

Menurutnya, ketegangan geopolitik kekal tinggi sementara permintaan tenaga mungkin menyederhana pada 2018 berikutan separuh kedua yang kukuh pada tahun lalu.

“Risiko kenaikan harga minyak mentah pada 2018 adalah terhad, walaupun momentum kenaikan telah meningkat ke separuh kedua 2017. Harga yang lebih tinggi kebelakangan ini juga telah menyebabkan lebih banyak bekalan minyak AS.

“Walaupun demikian, kenaikan harga minyak setakat ini sangat rapuh dan pemain pasaran tidak akan teragak-agak untuk membawa harga minyak turun lebih rendah lagi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pelan OPEC untuk mengehadkan bekalan dalam usaha menaikkan harga telah membuahkan hasil, terutama dengan kenaikan harga dan mengurangkan lebihan bekalan.

Dari segi bekalan, tarikh akhir OPEC untuk melanjutkan kawalan minyak selama sembilan bulan lagi, boleh menandakan permulaan perjanjian lebih awal daripada jangkaan sementara kenaikan harga dan menyebabkan pengeluaran AS lebih tinggi,” ujarnya.