Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn. Bhd. (Etika), Santharuban T. Sun­daram berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen jenama tersebut untuk mempromosikan kebaikan dan manfaat pengambilan susu bagi pembentukan masyarakat lebih sihat.

“Kami amat menyokong pengambilan susu kerana ia mengandungi pelbagai nutrien yang menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.

“Justeru, langkah Goodday Milk untuk mendidik orang ramai mengenai kebaikan ini dilakukan menerusi penganjuran kempen yang menyeronokkan dan unik berserta pelbagai promosi berbeza yang akan memberi keterujaan serta menarik perhatian pasaran,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

Pada tahun lalu, seramai 50 pembawa susu yang menunggang motosikal di kawasan-kawasan utama sekitar Lembah Klang telah ditugaskan untuk mengedarkan susu Goodday Milk kepada orang ramai.

Secara keseluruhan, sebanyak 34,560 paket Goodday Milk telah diedarkan sebagai sebahagian daripada kempen selama tujuh hari yang berlangsung pada 25 hingga 31 Julai 2017 itu.

Menurut Santharuban, pengiktirafan usaha dan penerimaan sijil daripada MBR itu merupakan satu kebanggaan bagi pihak Etika.

Goodday Milk kini menawarkan pelbagai va­rian produk di pasaran termasuk susu penuh krim, perisa madu dan teh hijau serta rendah lemak dan telah menjadi jenama yang dikenali sejak lebih 50 tahun.