Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, sambutan kali ini amat istimewa dan bakal mencatat sejarah tersendiri buat syarikat pengeluar susu tersebut sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Katanya, sebagai sebahagian daripada sambutan penuh bermakna itu, Goodday ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengguna di Malaysia atas sokongan berterusan selama 50 tahun menerusi tawaran hebat, pe­raduan radio dan bermacam-macam promosi yang ditawarkan pelbagai rakan strategik.

“Goodday baru-baru ini telah memperkenalkan variasi baharu yang pastinya menarik selera pengguna iaitu susu Goodday Kurma UHT.

“Diformulasi dengan pati kurma sebenar, variasi baharu ini berkongsi kebaikan susu yang digandingkan dengan rasa buah kurma segar yang diimport khas untuk kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Santharuban, bagi membantu menambah keriangan sambutan ulang tahun itu, semua rangkaian kedai runcit 7-Eleven akan menawarkan satu pek Goodday UHT Milk 250 mililiter (ml) pada harga RM1.50 (kecuali susu Goodday Charge).

“Promosi ini sah di 7-Eleven di seluruh negara. Pada masa yang sama, cawangan stesen minyak Shell Select akan mengadakan promosi di seluruh negara dengan menawarkan satu pek susu Goodday UHT 250ml secara percuma dengan setiap pembelian dua pek pada satu masa.

“Selain itu, kedai Mesra Petronas di seluruh negara turut mengadakan pe­raduan selama enam hari dari 24 hingga 29 Julai. Lima pemenang bertuah berpeluang memenangi petrol percuma bernilai RM1,000 sehari,” ujarnya.

Tambah Santharuban, ke­baikan susu itu turut dikongsi menerusi kedai serbaneka myNEWS.com yang mengadakan promosi pembelian dua pek susu Goodday UHT 250ml pada harga RM3 bermula hari ini hingga 29 Julai.

Tidak ketinggalan, rangkaian kedai 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia yang menawarkan satu pek Susu Goodday UHT 1 liter pada harga RM4.49 bermula hari ini hingga 1 Ogos depan.

Jelasnya, stesen radio Mix FM turut menganjurkan peraduan Goodday Milk Fest ‘Maths-for-Cash’ dengan tawaran hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM45,000 untuk dimenangi.

“Berlangsung selama empat hari dari hari ini hingga 27 Julai, para pendengar amat dialu-alukan untuk menyertai cabaran menjawab soalan matematik yang menyeronokkan mengenai tawaran promosi Goodday Milk Fest bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam.

“Lebih menarik, para pengunjung pawagam TGV Cinemas yang menonton filem-filem blockbuster turut layak mendapat promosi pembelian satu kombo saiz besar serta satu pek susu Goodday Charge UHT bersaiz 250ml pada harga RM1.90 sahaja,” tambah kenyataan tersebut.

Goodday Milk Fest 2018 merupakan satu acara yang begitu dekat dengan rakyat Malaysia sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati promosi dan tawaran eksklusif.

Diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1968, susu Goodday menawarkan produk yang kaya dengan protein, kalsium dan vitamin A, D, B2 dan B6 bagi menyokong diet sihat dan gaya hidup seimbang.