Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, langkah itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengeksport produk masing-masing.

“Sejak penubuhannya, MDG telah memberi manfaat kepada 7,682 syarikat tempatan yang telah menembusi pasaran utama seperti China, Emiriyah Arab Bersatu dan ASEAN.

“MDG membuktikan usaha kerajaan untuk menjadikan syarikat Malaysia sebagai usahawan di peringkat global sekali gus memacu eksport negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

MDG merupakan platform yang menyediakan peluang kepada PKS Malaysia untuk memohon geran yang boleh dikembalikan sehingga RM200,000 bagi penyertaan aktiviti promosi eksport.

Ia termasuk pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemacu eksport, persidangan antarabangsa selain fi penyenaraian untuk barangan buatan Malaysia di pasar raya, pasar raya besar serta pusat runcit di luar negara.