Namun bagi syarikat bumiputera, Nasihat Niaga Sdn. Bhd. pendekatan berniaga tanpa menggunakan modal telah diamalkan oleh pengasasnya, Faisal Abdullah sejak tahun 2008.

Pada peringkat awalnya, beliau berniaga secara dropship bagi memasarkan beberapa produk penjagaan kecantikan dan kesihatan.

Kini, usahanya berjaya malah mampu membimbing usahawan baharu menjadi jutawan.

“Berdasarkan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kejayaan yang dicatat hingga kini, saya telah bangunkan satu formula berkesan yang mula diperkenalkan pada usahawan di pasaran pada tahun 2015.

“Hasilnya hampir 95 peratus daripada usahawan yang saya bimbing kini berjaya mencapai ke tahap jutawan dan perniagaan mereka terus berkembang,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. - K! ONLINE