FIM2019 merupakan pameran francais anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) yang akan berlangsung di Pusat Konven­s­yen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 5 hingga 7 April ini.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen berkata, sasaran itu adalah realistik berdasarkan rekod transaksi potensi urus niaga pada FIM2018 iaitu RM410 juta dengan jumlah ruang pameran sebanyak 132.

“Dengan peningkatan ruang pameran sebanyak 15 peratus pada tahun ini, sudah pasti sasaran itu munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelancaran FIM 2019 di sini semalam.

Sehingga kini, 70 peratus daripada ruang pa­meran telah diisi oleh para penggiat francais dari dalam dan luar negara. – Bernama