AZMI menunjukkan produk minuman Farm Fresh di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, potensi pasaran itu berbaloi dilabur syarikat ekoran negara berkenaan banyak mengimport susu dari pasaran antarabangsa.

“Memandangkan, susu Farm Fresh berkualiti dan telah mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan, maka kami sedang mengkaji untuk menembusi pasaran Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Kantin Terbaik Peringkat Kebangsaan 2018 di Hotel Aloft di sini baru-baru ini.

Azmi menjelaskan, syarikat juga bercadang untuk membangunkan produk pembuatan keju sebagai industri hiliran diterokanya tidak lama lagi.

Buat masa ini, Farm Fresh yang memiliki ladang di Muadzam Shah, Pahang menghasilkan 35,000 liter susu segar sehari dan memproses 12.7 liter setahun.

Jualannya pula terus mencatat pertumbuhan yang menggalakkan iaitu RM120 juta pada tahun 2017 dan menyasarkan peningkatan 20 peratus pada tahun ini.