Laporan portal kerajaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa bilangan usahawan yang mengambil bahagian dalam pasar tani bertambah daripada 890 usahawan pada 2010 kepada 1,368 usahawan pada tahun lepas yang meningkat sebanyak 54 peratus.

"Bilangan pasar tani turut meningkat sebanyak 62.5 peratus kepada 24 pasar tani pada tahun lepas berbanding 15 pada tahun 2010," kata laporan itu.

Usaha berterusan FAMA dalam membantu usahawan tempatan menjana pendapatan dilihat  membuahkan hasil apabila nilai jualan AgroBazaar Kedai Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) di negeri ini mencatatkan peningkatan sejak projek itu dilaksanakan pada 2015 daripada RM580,650 kepada RM7.17 juta pada 2017. 

Dalam tempoh yang sama, bilangan usahawan turut meningkat daripada seorang kepada sembilan orang. - Bernama