Pengasas syarikat, Datin Norashikin Muhammad berkata, bedak asas yang menjalani kajian dan pembangunan lebih enam bulan itu akan memberi kemudahan kepada wanita berkerjaya, sibuk dengan rutin harian serta remaja untuk bersolek dan berhias.

Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu merawat jeragat dan mematikan akar jeragat di bawah lapisan kulit wajah, menaikkan seri wajah, melindungi daripada sinar matahari, menutupi liang-liang pori, menutup kesan parut serta melembapkan kulit wajah.

“Teksturnya yang ringan sebagai bedak itu juga akan memudahkan lagi pelanggan menggunakanya, malah ia tidak menjadikan wajah bercapuk dan berminyak,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan produk keluarannya di sini baru-baru ini.

Norashikin menjelaskan, Evance Liquid Foundation Firckles Pigmentation itu sesuai untuk pelanggan berusia 35 tahun ke atas dan golongan lelaki juga boleh menggunakannya.

“Produk tersebut bakal memberi impak semula jadi kepada kulit wajah selepas penggunaan berterusan­ dalam tempoh dua minggu bergantung kepada tahap kesihatan seseorang itu.

“Berdasarkan sambutan baik yang diterima daripada pihak ibu pejabat, kami mahu menawarkan peluang perniagaan kepada kaum wanita yang bersemangat.

“Melalui jualan produk keluaran syarikat, saya akan menawarkan hadiah ganjaran kepada pengedar, stokis dan usahawan dropship yang berjaya mencapai nilai sasaran jualan yang ditetapkan.

“Mereka akan dilatih dan dibim­bing khusus untuk aspek pemasaran agar teknik jualan berkesan dapat meningkatkan jualan bulanan,” jelasnya.

Norashikin memberitahu, produk tersebut mencatat jualan sehingga 10,000 unit sebulan manakala nilai tersebut bakal mencecah kepada 50,000 unit sebulan menjelang tahun 2020.