Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor berkata, keuntungan tersebut merupakan peningkatan RM25 juta berbanding RM270 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

"Walaupun berdepan dengan penurunan harga minyak dan penyusutan nilai ringgit, EPIC menerusi sembilan anak syarikatnya berjaya meningkatkan aktiviti sekali gus memperolehi hasil dan keuntungan yang lebih baik berbanding tahun lalu.

"Peningkatan perolehan yang menghasilkan lebihan keuntungan RM25 juta berbanding tahun lalu itu dijana menerusi pendekatan memberi tumpuan kepada segmen baharu dalam sektor minyak dan gas selain merancakkan aktiviti hiliran dan penyelengaraan," katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu beliau mengetuai 70 kakitangan EPIC melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu, Mohd. Zaki Hassan di Pusat Latihan Darul Iman, Teluk Kalong dekat sini hari ini. - K! ONLINE