APIIT Education Group terdiri daripada Asia Pacific Schools (APS), Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) dan Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT).

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, pelupusan tersebut membolehkan syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan itu memperoleh semula kos pelaburannya dan menjana kadar pulangan dalaman (IRR) positif sebanyak 22.3 peratus dan 1.6 kali modal dilaburkan termasuk dividen yang telah diterima.

“Kami percaya telah menemui pemilik baharu yang sesuai dan tepat bagi APIIT Education Group untuk memandu institusi-institusi di bawahnya ke arah kejayaan yang berterusan.

“KV Asia Capital telah mengurus, mengetuai dan mempunyai reputasi yang baik di seluruh Asia.

“Ini akan memperkenalkan kemahiran dan pengalaman baharu ke dalam Kumpulan untuk melengkapkan kepakaran pasukan pengurusan utama, memastikan peralihan yang lancar dan kesinambungan perniagaan dengan gangguan yang minimim kepada pembelajaran para pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sempena penjualan perniagaan tersebut di sini hari ini. - K! ONLINE