IP, yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan mencatatkan pertumbuhan sebanyak satu peratus kepada 121.3 mata pada November 2017 daripada 120.1 mata pada Oktober 2017, kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut jabatan itu, peningkatan tersebut didorong oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan (0.5 peratus), jangkaan nilai jualan di sektor pembinaan  (0.4 peratus), import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (0.1 peratus) dan bilangan syarikat baharu didaftarkan (0.1 peratus).

Perubahan tahunan IP meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.2 peratus pada bulan lepas.  

Sementara itu, IS yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, meningkat 0.5 peratus pada November 2017, berikutan peningkatan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (0.3 peratus) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.2 peratus).

Perubahan tahunan IS meningkat kepada 3.6 peratus pada bulan rujukan berbanding daripada 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pada masa yang sama, kedua-dua Indeks Difus kekal di atas paras 50 peratus,” kata Jabatan Perangkaan. - Bernama