Kuala Lumpur 30 Julai 2018 - Pengurus Besar Hartanah, Pembangunan dan Projek Eco First Consolidated Berhad, Liew Wee Fong bercakap pada taklimat Eco First Consolidated Berhad di Hotel Aloft, disini, hari ini. Gambar : Hafiz Johari / Pemberita : Hanani (Meja Ekonomi).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Tiong Kwing Hee berkata, prestasi yang lebih baik itu akan disumbangkan oleh fasa kedua projek Ampang Ukay yang melibatkan pembangunan kediaman kondominum di Ampang, Selangor dan Kondominium Kelab Golf di Ipoh, Perak.

“Kami yakin terdapat permintaan kukuh dalam kalangan keluarga muda dan pembeli yang menginginkan kediaman yang luas, khususnya di Ampang dan terletak di lokasi strategik dengan hubungan jalan serta lebuh raya yang baik.

“Dijangka dilancarkan dalam separuh kedua 2019, fasa 2 Ampang Ukay akan melibatkan unit kondominium yang memberi nilai terbaik kepada kumpulan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung pres­tasi kewangan EcoFirst di sini semalam.

Kwing Hee berkata, projek fasa 2 Ampang Ukay kini dalam fasa perancangan untuk melancarkan unit-unit kediaman bersaiz antara 1,600 kaki persegi (149 meter persegi) hingga 2,300 kaki persegi (214 meter persegi).

Projek kediaman tiga blok menara yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM523 juta itu dijangka dijual pada harga RM450 setiap kaki persegi.

Selain itu, Kwing Hee menjelaskan, dengan anggaran GDV RM5 bilion, projek Ampang Ukay akan menjadi pemacu utama pertumbuhan jangka pertengahan dan jangka panjang buat EcoFirst.

“Pembangunan Ampang Ukay menerusi pembinaan projek kediaman sulung, [email protected] Ukay (Liberty) sedang berjalan lancar, malah mencapai lebih 90 peratus penjualan.

“Kami optimis terhadap projek di atas tanah seluas 32 hekter itu akan terus memberikan sunbangan yang positif kepada kewangan kami daripada aspek pembilan dan jualan tambahan bagi setiap pelancaran fasa pembinaan dalam tempoh 12 hingga 15 tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut menambah, selain jualan projek Ampang Ukay, Kumpulan juga bakal meneroka dan membentuk jalinan usaha sama pada masa hadapan, khususnya di Lembah Klang.

EcoFirst mencatatkan lonjakan dalam keuntungan bersih iaitu kenaikan 166 peratus kepada RM44.5 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2018.