Ketua Pegawai Opera­sinya, Tee Choon Hock berkata, kilang seluas 486 hektar yang terletak di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini dijangka mengeluarkan 700,000 tan metrik produk besi keluli.

Menurutnya, syarikat mengunjurkan perolehan kira-kira AS$300 juta (RM1.19 trilion) dalam tempoh setahun.

Menurut beliau, sebelum ini Eastern Steel yang merupakan anak syarikat Hiap Teck Venture Bhd. terpaksa menghentikan sementara pengeluaran pada Oktober 2015 berikutan kejatuhan harga besi keluli di pasaran dunia.

“Bagaimanapun, Eas­tern Steel tidak pernah menutup operasi dan sentiasa bersedia untuk aktif semula. Kami kini bersedia apabila pasaran (besi keluli) global didapati kembali pulih.

“Berdasarkan senario semasa, kami optimis untuk mencatatkan keuntu­ngan semula dalam tempoh tiga bulan selepas kembali memulakan pengeluaran pada bulan Mei depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelepasan 28 tenaga kerja mahir dan teknikal Eastern Steel untuk menjalani latihan industri di Tangshan, China di sini baru-baru ini.

Choon Hock menjelaskan, harga produk besi keluli di pasaran dunia kini kembali melonjak kepada AS$500 (RM1,989) bagi setiap metrik tan berbanding cuma AS$250 (RM994) dua tahun lalu.

Choon Hock menjelaskan, sehingga kini, Eas­tern Steel memiliki 338 kakitangan dan tiada pernah melakukan sebarang pemerhentian pekerja sepanjang tempoh dua tahun kilang itu tidak berope­rasi.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut, kakitangan masih memperoleh gaji bulanan ma­sing-masing.