Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, hasil yang diraih daripada aktiviti tersebut akan digunakan untuk pembayaran balik nota jangka sederhana Islam dan pinjaman DRB-HICOM dan anak syarikatnya serta pelaburan dalam perniagaan sedia ada.

Ia juga melibatkan peluang pelaburan pada masa akan datang yang akan dikenal pasti.

“Cadangan penjualan itu akan membolehkan DRB-HICOM menggunakan sebahagian hasil tersebut kepada anak syarikat 50.1 peratus miliknya, Proton Holdings Bhd. (Proton) yang sedang melaksanakan program pemulihan, jika perlu.

“Program pemulihan ini disokong oleh pelan perniagaan untuk tempoh 10 tahun yang melibatkan peningkatan kualiti, pengoptimuman kos dan pelancaran model baharu,” jelasnya.

DRB-HICOM berkata, jika diperlukan oleh pengeluar kereta nasional itu, hasil tersebut akan digunakan untuk membiayai sebahagian kos pemba­ngunan model baharu yang dijangka ditanggung dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Sementara itu, Malakoff dalam satu kenyataan berkata, menerusi pengambilalihan berkenaan, syarikat itu dapat memperluaskan portfolio perniagaannya ke perkhidmatan berkaitan alam sekitar, bermula dengan kutipan sisa pepejal bersepadu Alam Flora serta perniagaan pengurusan pembersihan umum.

“Alam Flora pada masa ini memegang konsesi untuk menyediakan perkhidmatan ber­kenaan di beberapa kawasan di Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Perjanjian konsesi tersebut adalah bagi tempoh 22 tahun, dari 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2033.

“Ia merangkumi kawasan seluas 36,430 kaki kilometer de­ngan penghasilan sisa sekurang-kurangnya 3,736 tan sehari.

“Prospek perolehan tambahan juga mungkin datang dariaripada penyediaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Kelantan dan Terengganu dengan anggaran jumlah penghasilan sisa sebanyak 2,693 tan sehari,” katanya.