Timbalan Presiden Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree berkata, sasaran tersebut dipacu oleh pertumbuhan semasa syarikat ketika ini yang telah mempunyai 223 buah sedia ada.

“Melalui perkembangan yang memberangsangkan pada tahun ini, kami menjangkakan pertumbuhan lebih tinggi bagi 2019 dan berhasrat menambah lebih banyak cawangan bagi meluaskan pasaran sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pera­duan Everyone's A Winner di sini baru-baru ini.

Turut hadir Naib Presiden Kanan, Pemasaran Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan dan Naib Pre­siden Pemasaran, Etika Sdn. Bhd., T.S. Santharuban.

Selain itu, mengulas mengenai pera­duan Everyone's A Winner, Linda menjelaskan, semua pelanggan Domino’s Pizza berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM130,000 yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta Honda City.

Tambah beliau, untuk menyertai­nya, orang ramai hanya perlu membeli salah satu piza bersama Pepsi Black 1.5 liter serta perlu melengkapkan slogan dan menghantar peraduan itu melalui www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.

“Peraduan ini akan berakhir pada 4 November ini. Pelanggan yang mengumpul mata tertinggi berpeluang memenangi hadiah utama Honda City.

“Setiap pembelian sebarang jenis piza bersama Pepsi Black 1.5 liter akan mendapat satu mata, manakala dua mata untuk pembelian dua piza dan Pepsi Black 1.5 liter atau Bold Combos,”ujarnya.

Tambah beliau, daripada Honda City, peraduan ini turut menawarkan hadiah Samsung Galaxy S9, 10 Logitech G560 Gaming Speakers, 20 Samsung Gear VR.