Kejayaan jenama tersebut untuk menawarkan 77 SKU (stock keeping unit) di pasar raya Aeon di seluruh negara sejak September 2017 selain 15 SKU di Tesco sejak Disember tahun lalu.

Deer Creek menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, pihaknya kini memasarkan lebih 300 produk perkhemahan dan aktiviti luar termasuk beg tidur, kerusi lipat, khemah, dapur mudah alih serta barangan keperluan untuk aktiviti mendaki yang lain.

Jelasnya, ditawarkan di 22 buah cawangan kedai. 32 Aeon serta 56 Tesco di seluruh negara, produk Deer Creek direka bentuk supaya bersesuaian dengan iklim di negara ini selain dipasarkan pada harga lebih mampu milik berbanding jenama antarabangsa.

“Produk keluaran Deer Creek tidak hanya memfokuskan kepada penggemar aktiviti luar tetapi juga pelajar sekolah, keluarga dan mereka yang baru berjinak dalam kegiatan seperti ini.

“Jenama kami menyediakan alternatif mampu milik untuk menarik minat mereka menjalankan aktiviti luar secara lebih kerap,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, produk Deer Creek dibekalkan ke Aeon dan Tesco di bawah terma-terma pembelian jual-beli secara terus dan bukannya secara consignment (bayaran dibuat selepas barang dijual), membuktikan keyakinan pasar raya berkenaan terhadap jenama itu.

“Pengasas Deer Creek, Colin Lye juga telah berkunjung ke Singapura baru-baru ini untuk bertemu dengan salah satu gedung dan pasar raya besar di sana dan respons yang diterima amat positif.

“Selaku pembekal kepada Aeon dan Tesco, kami juga akan bertemu dengan Aeon Vietnam dan Kemboja serta Tesco Thailand bagi membincangkan peluang kerjasama pada masa depan,” katanya.