Pengasas syarikat, Das Abdul berkata, kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan motivasi para pengedarnya dalam aktiviti promosi serta jualan masing-ma­sing.

Menurutnya, kempen tersebut te­lah bermula pada pertengahan tahun lalu dan ia bakal berakhir pada bulan Februari 2019.

“Ini cara kami memberi ganjaran kepada usahawan yang berdedikasi dan bersemangat untuk mencapai matlamat jualan masing-masing.

“Sehingga kini, syarikat telah melahirkan ramai usahawan berjaya dalam bidang tersebut.
“Pelan jangka panjang kami adalah untuk melahirkan jutawan DAG yang memiliki aset dan kedudukan kewangan yang kukuh,” katanya pada sesi temubual bersama Kosmo! di pejabatnya di Bandar Rinching, Semenyih, Selangor baru-baru ini.

Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,300 pengedar yang terdiri daripada mereka yang berniaga secara sepenuh masa dan juga separuh masa.

Das menjelaskan, untuk memenangi hadiah tahunan itu, usahawan perlu mendaftar sebagai ahli dan mereka harus membeli 50 buah bantal DAG untuk jualan di pasaran melalui inisiatif pelan pemasaran masing-masing.

“Lagi banyak bantal yang mereka beli, lagi banyak peluang untuk mereka memenangi hadiah kereta tersebut,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai pencapaian usahawan DAG, Das me­nerangkan, syarikat berbangga ke­rana melihat perubahan taraf hidup yang dinikmati mereka setelah bergelar pengedar.

Syarikat juga menyokong mereka daripada penyediaan latihan dan bimbingan dalam aspek memasarkan produk di pasaran. 

“Sekiranya mereka melakukan perniagaan secara sepenuh masa dan mengikuti garis panduan serta komited memasarkan produk, saya berkeyakinan mereka boleh me­raih pendapatan bersih sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” jelasnya.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kempen tersebut, boleh hubungi talian 019-9000 815. - K! ONLINE