Pengasasnya, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, langkah itu sebagai usaha untuk meluaskan rangkaian pemasarannya di rantau Asia Tenggara.

Pada masa ini, syarikat ber­kenaan memiliki rangkaian di Kemboja, Australia, New Zealand dan Arab Saudi.

Abdul Malik berkata, pihaknya melabur kira-kira RM1 juta untuk setiap cawa­ngan baharu itu.

Menurutnya, potensi pe­ngembangan perniagaan di rantau berkenaan adalah perlu memandangkan setiap negara terbabit memiliki kumpulan sasarannya iaitu 40 peratus daripada penduduk terdiri daripada masyarakat beragama Islam.

“Sehubungan itu, permin­taan terhadap hidangan berkonsepkan India Utara, masakan Melayu dan Arab yang diketengahkan di Restoran D’Tandoor dapat memenuhi keperluan dan cita rasa pelanggan negara-negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka D’Tandoor di sini baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Abdul Malik memaklumkan, bagi pasaran domestik pula, pihaknya akan membuka sebuah cawangan baharu di Kota Kinabalu, Sabah menje­lang akhir tahun ini.

Katanya, usaha tersebut dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM500,000.

Pada masa ini, rangkaian Restoran D’Tandoor boleh didapati di Damansara Utama, Subang Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Selangor serta Bukit Mertajam dan Tanjung Tokong, Pulau Pinang.