Pengarah syarikat, Datuk Azizah Razali berkata, pihak­nya yakin dapat mencapai sasaran tersebut ekoran kua­liti produk hasil kajian dan pembangunan yang dilakukan selama 10 tahun.

Menurutnya, Crystalcell menggunakan bahan utama seperti sel stem daripada buah-buahan yang dikaji di Switzerland dengan menggunakan teknologi PhytoCellTech Active Ingredients yang telah dipatenkan.

“Sejak produk tersebut ber­ada di pasaran tempatan pada tahun 2013, sambutan yang di­terima amat menggalakkan.

“Buat mereka yang men­daftar sebagai ahli yang ditawarkan secara percuma, mereka akan menikmati manfaat pembelian harga menarik dan faedah lain se­perti pakej pelancongan serta cabutan bertuah yang dianjurkan syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan produk di sini baru-baru ini.

Azizah menjelaskan, orang ramai tidak perlu bimbang tentang penghasilan produk berkenaan kerana Crsytalcell dihasilkan daripada ekstrak buah-buahan seperti epal, anggur dan bluberi.

“Sesiapa sahaja boleh mengamalkan produk ini ke­rana ia dikategorikan sebagai produk kesihatan dan makanan.

“Ia dapat membantu me­ningkatkan kualiti kesihatan termasuk kulit dan awet muda serta me­nguatkan imunisasi badan.

“Kesan pemulihannya adalah kira-kira 14 hari bergantung kepada tahap kesihatan seseorang pelanggan itu,” jelasnya.

Tambah Azizah, produk tersebut dijual secara online melalui rangkaian pemasarannya yang meluas di seluruh negara malah ia turut diedarkan melalui stokis rangkaian antarabangsanya.

Buat masa ini, produk tersebut juga diedarkan di lebih 15 buah negara.

Selain negara di rantau Asia Tenggara, negara lain yang terlibat ialah India, Algeria, Tanzania, Kazakhstan, Mongolia dan Mesir.

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar dan mendapatkan produk, boleh menghubungi talian 017-254 0088.