Manfaat tersebut yang bermula 1 Januari lalu melibatkan semua kakitangan wanitanya di negara ini dan mereka turut diberi pilihan untuk mengambil manfaat berkenaan seawal 30 hari sebelum tarikh jangkaan kelahiran.

Ditambah dengan program CIMB Staff Rejuvenation yang membolehkan kakitangan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan untuk anak pertama, kakitangan CIMB berpeluang untuk bercuti selama setahun untuk menjaga anak sulung mereka.

Ketua Pegawai Warga Kerja Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, manfaat baharu itu, ditambah dengan cuti sebulan bergaji untuk kaum bapa yang mendapat anak sulung merupakan sebahagian daripada pendekatan holistik bank untuk menguruskan sumber manusia secara berkesan.

“Kami percaya dengan membenarkan ibu bapa kali pertama memiliki lebih masa untuk menyesuaikan diri dan merasai pengalaman positif bermakna bersama anak sulung di sam­ping mengekalkan kerjaya mereka,” katanya dalam kenya­taan akhbar di sini semalam.