Dalam situasi tersebut, kewujudan entiti yang memainkan peranan dengan menetapkan satu kod etika dan tingkah laku sangat diperlukan agar setiap yang berkecimpung dalam industri tersebut mempunyai panduan yang lebih jelas.

Selari dengan matlamat tersebut, penubuhan Institut Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIIF) dijangka dapat meningkatkan tahap budaya profesionalisme, integriti dan etika dalam industri yang sedang pesat berkembang di negara ini.

Entiti baharu yang ditubuhkan pada tahun 2015 bagi menggantikan Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun Malaysia itu memainkan peranan sebagai sebuah badan professional yang bertanggungjawab menetapkan standard kualiti global khusus untuk profesional kewangan Islam. - K! ONLINE