Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Idham Nawawi berkata, komunikasi mudah alih itu telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan harian rakyat.

“Justeru, keputusan ini akan memberikan kesan positif kepada ramai pengguna mudah alih prabayar Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Celcom juga akan menyediakan rebat cukai kepada pelanggan Malaysia yang telah membeli pelan prabayar sejak 1 September lalu. 

Celcom komited untuk menyediakan kepada pelanggan pakej yang mampu milik, mendokong aspirasi dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi kebajikan rakyat Malaysia menerusi rangkaian syarikat itu di seluruh negara. - Bernama