Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Michael Kuehner berkata, tujuan utama imej baharu itu adalah bagi menyediakan pe­ngalaman runcit yang menarik dan selesa dengan gabungan inovasi terkini seperti mesin pencetak tiga dimensi, paparan peranti terkini serta suasana industri yang lebih moden.

“Celcom Blue Cube Taman Segar, Cheras di sini menjadi premis pertama yang memperkenalkan persekitaran baharu ini.

“Reka bentuk ini akan turut diperkenalkan di kesemua cawangan Blue Cube seluruh negara bagi memastikan pe­ngalaman yang konsisten dan unik itu dapat dirasai oleh semua pelanggan Celcom.

“Ia merupakan pembaharuan yang dijalankan secara besar-besaran sejak perkhidmatan ini diperkenalkan pada tahun 1994,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

Menurut Kuehner, pihaknya menyasarkan untuk membawa pembaharuan kepada kira-kira 61 buah Blue Cube di seluruh negara pada tahun 2018.

“Pada masa terdekat, kami akan memindahkan beberapa premis sedia ada ke kawasan komersial yang lebih menarik untuk memastikan ia lebih mudah untuk dikunjungi pe­langgan,” katanya.