Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, dengan lebih banyak program kesedaran dan pendidikan yang dijalankan, pihaknya yakin akan dapat meningkatkan penyertaan orang ramai dan pelabur sedia ada untuk melabur dalam pasaran saham.
 
“Usaha untuk meningkatkan penyertaan pelabur runcit, terutamanya pelabur baharu dan golongan milenial dalam pasaran saham sentiasa menjadi keutamaan kami pada masa ini.
 
“Sehingga September 2017, volum harian purata (ADV) runcit mencatatkan nilai sebanyak RM572 juta dan ia merupakan peningkatan 16 peratus berbanding RM385 juta ADV yang direkodkan untuk keseluruhan tahun 2016.
 
“Dengan prestasi baik ini, Bursa Malaysia komited untuk terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan broker kami bagi melaksanakan pelbagai kempen pemasaran dan inisiatif promosi pada tahun depan untuk menambah baik ekosistem ini,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen pendidikan awam bertajuk What’s Your Goal di sini hari ini. - K! ONLINE