Seorang pendaki, Ahmad Basri Abdullah, 51, berkata, keadaan kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik bukan sahaja mengundang risiko keselamatan kepada pendaki pelbagai peringkat umur, malah turut menjejaskan imej lokasi bukit itu yang begitu sinonim dalam kalangan pendaki warga tempatan dan asing.

“Selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng merasmikan tempat pendakian ini pada 2010 melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kawasan itu kini dibiarkan tanpa seliaan sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di kaki bukit berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.