LODIN WOK
LODIN WOK

Keuntungan selepas cukai turut meningkat kepada RM923 juta, manakala pe­rolehan bertambah kepada RM10 bilion.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, prestasi itu sebahagian besarnya dipacu oleh keuntungan yang direalisasikan atas pelupusan tanah ladang dan disokong oleh sumbangan positif daripada semua bahagian perniagaannya.

Kepelbagaian perniagaan kumpulan sekali lagi telah membolehkan kami cekal menghadapi suasana yang mencabar.

“Dalam tempoh yang mendatang, syarikat akan terus memanfaatkan kekuatan kami untuk mengekalkan momentum dan mencapai perolehan yang berkekalan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Bagi tahun kewangan ber­akhir 31 Disember 2017, bahagian perladangan ialah penyumbang utama kumpulan dengan keuntungan bernilai RM733 juta berbanding RM276 juta tahun sebelumnya.

Bahagian perdagangan & perindustrian pula mencatatkan keuntungan RM132 juta berban­ding RM147 juta pada tahun 2016.

Sementara itu, bahagian perindustrian berat menjana untung sebanyak RM73 juta, sekali gus memulihkan prestasi berbanding defisit yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagi bahagian kewangan dan pelaburan pula mencatatkan keuntungan lebih tinggi berjumlah RM71 juta berbanding RM62 juta yang direkodkan pada tahun 2016, selain bahagian farmaseutikal turut menca­tatkan keuntungan lebih tinggi berjumlah RM54 juta.

Bagaimanapun, bahagian hartanah mencatatkan keuntungan lebih rendah berjumlah RM54 juta yang disebabkan oleh kesan daripada kos permulaan bagi pusat beli-belah MyTOWN dan perolehan lebih rendah daripada aktiviti pembangunan hartanah di Taman Mutiara Rini, Johor.